Sunday 2 November 2014

hArii Pertunangan akuu DAN dia !

Alhamdulillah ... segala yang diatur berjalan lancar ... apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang diinginkan malah menjadi lebih baik dari apa yang dirancang.. Alhamdulillah ... setelah aku dan PKA berbincang, tarikh pertunangan kami ditetapkan... pada 20 September 2014 aku dan dia diikat dalam ikatan pertunangan .. Ya Allah rasa berdebar dalam dada ni memeng tak boleh nak cakap la ... sampai aku tak boleh nak makan .. asyik muntah2 je .. hhaa aku kan memang cepat gelabah.. lepas cincin sudah disarungkan ke jari manis aku, Alhamdulillah lega rasanya .. Ma PKA baik sangat .. tu yang buat aku rasa lega ...Alhamdulillah penerimaan keluarganya terhadap aku dan keluarga kau pun agak baik .. kami diizinkan untuk bergambar bersama .. sekali lagi buat aku rasa bagai nak tercabut jantung ni ... mana tak nya tu kali pertama aku bertegur sapa dengan dia .. mujur ada junior2 aku yang sentiasa menemani aku .. ~zella, qema, tirah dan epa~ tak lupa jugak tetamu istimewa aku iaitu En.ShAIFUL..........THANKS a lot pada semua yang menjayakan majlis pertungan aku pada hari sabtu tersebut.... :-*

Monday 4 August 2014

the sweet moment when I know who you are :)

Assalamualaikum ... syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah melancarkan segalanya yang telah kami rancang .. Alhamdulillah pka seorang seorang lelaki yang berani untuk menyatakan apa yang terbuku di hatinya soal perkahwinan.. pada hari raya aidilfitri yang ke3 lepas, pka datang ke rumah aku bersendirian..dia menyatakan hasrat dan luahan hatinya kepada kedua orang tua aku,,, dan apa yang aku tidak sangka adalah tatkala abah dan ma bersetuju dan menerima pinangan dari pihak pka .. Alhamdulillah bulan untuk hidup baru aku telah pun dibincangkan .. InshaAllah jika tiada sebarang halangan, majlis perkahwinanku akan dijalankan pada bulan dua 2015...

ujian demi ujian..

Assalamualaikum ... Subhanallah ..sekali lagi aku diberikan tamparan yang hebat tatkala aku menerima berita kemalangan sahabat karib aku iaitu Muhammad Zulfadzli bin Abdul Karim pada 4 Ogos 2014 tepat jam 3.00 pagi aku menerima mesej daripada adiknya, Fikri yang menyatakan bahawa abangnya mengalami kemalangan jalanraya berhadapan dengan Sekolah Menengah Kok Lanas pada 3 Ogos 2014 dalam lingkungan jam 9.00 malam...Ya Allah waktu tu hanya Allah je yang tahu betapa sedih, dan risau aku pada fadzli .. rasa bersalah mencengkam diri.. mana tak nya, sebelum syawal tiba aku bergaduh dengannya dan boleh dikatakan kami sudah putus sahabat.. kini apa yanga mampu aku lakukan hanyalah solat hajat dan berdoa kepadaNya agar memberi kesembuhan kepada fadzli... :'(

Wednesday 23 July 2014

TaRikh penting untuk aku :)

Assalamualaikum... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. hari ini aku seakan di desak oleh pka untuk memberikan keputusan muktamad soal kami.. jenuh aku berfikir, dari pagi sehinggalah tepat jam 12.01 p.m aku memberikan keputusan aku kepadanya .. "hurmm okay lah,sy terima je..okay?" thats my answer.. waktu nk gtau tu xpayah nak cite la.. seriously aku takut.. tapi Alhamdulillah lepas aku gtau tu aku rasa seolah-olah sejuta beban di atas bahu aku dah hilang .. Alhamdulillah syukur Ya Allah.. aku cuma berharap pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik yang diredhai oleh ALLAH.. Ameen

Monday 21 July 2014

tepat jam 11.45 p.m, 21Julai 2014 aku kehilangan seorang kawan terbaik yang pernah aku ada sepanjang aku belajar di Politeknik Kota Bharu .. sedih tu tak payah nak cite la .. tapi tu lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. :'( thanks for everything Muhammad Zulfadzli bin Abd Karim untuk 3 tahun awak bersabar dengan pelbagai karenah dan perangai saya yang dah macam 'serigala jadian' ni ... semoga Allah sentiasa merahmatimu "kawan" ....hurmmm :'(

Sunday 20 July 2014

RESEPI KEK COKLAT BROWNIES



Bahan-bahan ( 1 kg )

  • Bahan A: 1 cwn butter cair
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air panas
  • 2 cwn gula perang
  • Bahan B: 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila
  • Bahan C: 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 1 cwn serbuk koko
  • 2 cwn tepung gandum
  • Bahan hiasan: Coklat masakan, butter sikit & air sikit yang dicairkan

Cara-cara

  1. Gaul sebati bahan A guna mixer
  2. Pukul bahan B, kemudian masukkan dalam bahan A tadi
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan yang telah dicampur tadi
  4. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 35-40 minit
  5. Siap untuk dihias n dimakan..

Motivasi pagi ini :)

.....................................................................................................................................................................

Jadikanlah yang Lembut itu HATI
Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.
Yang buruk kita buang jauh-jauh ... yang baik pula kita perlu sengaja mencarinya ...
~semoga hidup kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T ..~