Wednesday 23 July 2014

TaRikh penting untuk aku :)

Assalamualaikum... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. hari ini aku seakan di desak oleh pka untuk memberikan keputusan muktamad soal kami.. jenuh aku berfikir, dari pagi sehinggalah tepat jam 12.01 p.m aku memberikan keputusan aku kepadanya .. "hurmm okay lah,sy terima je..okay?" thats my answer.. waktu nk gtau tu xpayah nak cite la.. seriously aku takut.. tapi Alhamdulillah lepas aku gtau tu aku rasa seolah-olah sejuta beban di atas bahu aku dah hilang .. Alhamdulillah syukur Ya Allah.. aku cuma berharap pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik yang diredhai oleh ALLAH.. Ameen

Monday 21 July 2014

tepat jam 11.45 p.m, 21Julai 2014 aku kehilangan seorang kawan terbaik yang pernah aku ada sepanjang aku belajar di Politeknik Kota Bharu .. sedih tu tak payah nak cite la .. tapi tu lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. :'( thanks for everything Muhammad Zulfadzli bin Abd Karim untuk 3 tahun awak bersabar dengan pelbagai karenah dan perangai saya yang dah macam 'serigala jadian' ni ... semoga Allah sentiasa merahmatimu "kawan" ....hurmmm :'(

Sunday 20 July 2014

RESEPI KEK COKLAT BROWNIES



Bahan-bahan ( 1 kg )

  • Bahan A: 1 cwn butter cair
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air panas
  • 2 cwn gula perang
  • Bahan B: 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila
  • Bahan C: 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 1 cwn serbuk koko
  • 2 cwn tepung gandum
  • Bahan hiasan: Coklat masakan, butter sikit & air sikit yang dicairkan

Cara-cara

  1. Gaul sebati bahan A guna mixer
  2. Pukul bahan B, kemudian masukkan dalam bahan A tadi
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan yang telah dicampur tadi
  4. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 35-40 minit
  5. Siap untuk dihias n dimakan..

Motivasi pagi ini :)

.....................................................................................................................................................................

Jadikanlah yang Lembut itu HATI
Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.
Yang buruk kita buang jauh-jauh ... yang baik pula kita perlu sengaja mencarinya ...
~semoga hidup kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T ..~
Assalamualaikum ... what a wonderful day ... hari ni aku rasa semacam je .. nak kata happy tak, nak kata sedih pun tak .. tapi yang pastinya otak aku tak rasa berserabut seperti selalu ... Alhamdulillah .. 

Tapi yang membuatkan hati ni sedikit risau bila mendapat perkhabaran yang sahabat aku_Faisal dah mula rasa sakit di mata ...adakah ni petanda dia dapat jangkitan sakit mata dari aku .. Nauzubillah .. semoga dia berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu .. :)
~Sejujurnya rasa rindu itu ada~

Saturday 19 July 2014

Kematian tidak menanti kita !

Sibuk kejar kehidupan?

Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa.

Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet:

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Jga aurat wahai sahabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum diari hati ..
meniti usia yang semakin meningkat remaja ni memberi aku kesempatan untuk aku mengenali erti kehidupan sebenar dialam yang penuh pancaroba .. setiap tahun aku diberikan ujian oleh yang maha Esa .. dan setiap di awal  ujian itu jugalah aku selalu mengeluh .. Subhanallah .. betapa kerdilnya aku Ya Allah.. kalau tiga tahun lepas aku diberikan ujian untuk memilih tempat untuk aku menyambung pengajian bagi diploma.. 
Sekarang sekali lagi aku di uji untuk memilih calon untuk menjadi imam aku.. Subhanallah ...aku tak mampu nk memilih.. aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan aku tak layak pun nak memilih antara yang terbaik.. sekali lagi aku mengeluh .. di saat aku buntu macam ni lah sahabat aku yang sentiasa memahami aku hadir memberikan kata-kata semangat dan dorongan.. syukran ya ukhti .. 


*bella,syukran 'ala kulli hal ...