Monday 4 August 2014

the sweet moment when I know who you are :)

Assalamualaikum ... syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah melancarkan segalanya yang telah kami rancang .. Alhamdulillah pka seorang seorang lelaki yang berani untuk menyatakan apa yang terbuku di hatinya soal perkahwinan.. pada hari raya aidilfitri yang ke3 lepas, pka datang ke rumah aku bersendirian..dia menyatakan hasrat dan luahan hatinya kepada kedua orang tua aku,,, dan apa yang aku tidak sangka adalah tatkala abah dan ma bersetuju dan menerima pinangan dari pihak pka .. Alhamdulillah bulan untuk hidup baru aku telah pun dibincangkan .. InshaAllah jika tiada sebarang halangan, majlis perkahwinanku akan dijalankan pada bulan dua 2015...

ujian demi ujian..

Assalamualaikum ... Subhanallah ..sekali lagi aku diberikan tamparan yang hebat tatkala aku menerima berita kemalangan sahabat karib aku iaitu Muhammad Zulfadzli bin Abdul Karim pada 4 Ogos 2014 tepat jam 3.00 pagi aku menerima mesej daripada adiknya, Fikri yang menyatakan bahawa abangnya mengalami kemalangan jalanraya berhadapan dengan Sekolah Menengah Kok Lanas pada 3 Ogos 2014 dalam lingkungan jam 9.00 malam...Ya Allah waktu tu hanya Allah je yang tahu betapa sedih, dan risau aku pada fadzli .. rasa bersalah mencengkam diri.. mana tak nya, sebelum syawal tiba aku bergaduh dengannya dan boleh dikatakan kami sudah putus sahabat.. kini apa yanga mampu aku lakukan hanyalah solat hajat dan berdoa kepadaNya agar memberi kesembuhan kepada fadzli... :'(